Pihak Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad (KOJAWI) amat komited untuk mengamalkan dan mematuhi Prinsip Piagam seperti di bawah :
Mengamalkan tadbir urus yang beramanah, telus, berwibawa dan berintegriti dalam setiap aktiviti Pengurusan Koperasi, Kewangan, Pentadbiran dan Sumber Manusia.
Memastikan setiap perbelanjaan kewangan dilakukan secara berhemah, cermat serta berjimat bagi mencapai hasil yang optimum.
Berusaha memberikan dividen/ bonus kesetiaan untuk setiap anggota KOJAWI berdasarkan keuntungan teraudit pada setiap akhir tahun.
Memastikan konsep bekerja terbuka dan berlapang dada dalam menerima teguran, kritikan membina, pandangan dan pendapat daripada anggota KOJAWI.
¬ Memastikan Akta Koperasi 1993, Undang-Undang Kecil Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad, keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dipatuhi dan dijadikan garis panduan aktiviti Koperasi.
¬ Berusaha meneroka dan mencari peluang perniagaan, pelaburan serta sumber bagi menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan KOJAWI.