KOPERASI KAMPUNG JAWI JOHOR BAHRU BERHAD (KOJAWI)
(No. Pendaftaran : 4733)

NOTIS SEBUTHARGA
KOPERASI KAMPUNG JAWI JOHOR BAHRU BERHAD
NO. 15-01, JALAN SAGU 17,
TAMAN DAYA,
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR.
TEL : 07-3511537 FAX : 07-3511925

NOMBOR SEBUTHARGA : KOJAWI/04/2020

1. Tawaran adalah dipelawa kepada semua kontraktor yang berpengalaman dalam kerja-kerja penanaman semula kelapa sawit (replanting) ;
2. Dokumen sebutharga akan mula dijual pada 25 Ogos 2020 hingga 16 September 2020 semasa waktu pejabat dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang (selain hari Sabtu dan Cuti Umum) di Pejabat Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad, No. 15-01, Jalan Sagu 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor. Harga senaskah dokumen sebutharga dijual dengan harga RM 50.00 senaskah ;
3. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai tawaran sebutharga ini dikehendaki membeli dokumen sebutharga secara tunai dengan hadir sendiri ke Pejabat Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad, No. 15-01, Jalan Sagu 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor ;
4. Lawatan tapak akan diaturkan oleh pengurusan ladang pada waktu pejabat (selain hari Sabtu dan Cuti Umum) bermula pada 10 September 2020 – 16 September 2020 di Ladang Koperasi Jawi Berhad, Batu 26, Jalan Endau-Mersing, Kahang, 86700 Kluang, Johor. Lawatan tapak adalah diwajibkan.
5. Sebutharga ini akan ditutup pada 20 September 2020. Borang sebutharga yang lengkap perlu diisi dalam sampul berlakri, bertulis Tajuk Sebutharga dan Nombor Sebutharga pada sudut kiri sampul dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga pada atau sebelum jam 12.00 tengahari, 20 September 2020 di Pejabat Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad, No. 15-01, Jalan Sagu 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor ;
6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Sak’rani bin Abdul Samad (019-7237323) atau pejabat KOJAWI (07-3511537).