Ar-Rahnu X’Change

Waktu operasi Ar-Rahnu X’Change adalah :

Ahad – Khamis     : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat                    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tutup                       : Sabtu dan Cuti Umum

Diuruskan dan dimiliki sepenuhnya oleh KOJAWI

Ar-Rahnu X’Change KOJAWI mula beroperasi pada 20 Jun 2012 dan dirasmikan pada 13 Julai 2012 oleh Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Kiyai Haji Samsudin. Premis Ar-Rahnu X’Change ini terletak di tingkat bawah pejabat pentadbiran KOJAWI iaitu di No. 15, Jalan Sagu 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor. 

Ar-Rahnu X’Change adalah sebuah rangkaian francais Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) yang diuruskan dan dimiliki sepenuhnya oleh KOJAWI.

KOJAWI telah memohon pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebanyak RM 8 juta sebagai modal pusingan bagi membiayai operasi perniagaan Ar-Rahnu X’Change.

Ingin membeli barang lelongan? Sila klik butang di bawah