Buletin

Aktiviti aktiviti KOJAWI

PROGRAM KORBAN PERDANA KOJAWI 2026 / 1447H

PROGRAM KORBAN PERDANA KOJAWI 2026 / 1447H

Program Qurban Perdana Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad 
diadakan pada hari Raya Aidiladha Ke-2, 28 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447H.
Sebanyak 14 ekor lembu kojawi telah dijual untuk ibadah korban dan seramai 26 anggota Kojawi yang telah menyertai Program Qurban Perdana Kojawi bagi tahun ke-2 (2026).
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOJAWI KALI KE-51/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOJAWI KALI KE-51/2026

Mesyuarat Agung Tahunan Kojawi Kali Ke-51 telah diadakan pada 27 Jun 2026, bertempat di Hotel Opero, Southkey JB. Seramai 167 orang anggota daripada 194 anggota yang telah hadir.

PROGRAM KORBAN PERDANA KOJAWI 2026 / 1447H

PROGRAM KORBAN PERDANA KOJAWI 2026 / 1447H

Program Qurban Perdana Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad 
diadakan pada hari Raya Aidiladha Ke-2, 28 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447H.
Sebanyak 14 ekor lembu kojawi telah dijual untuk ibadah korban dan seramai 26 anggota Kojawi yang telah menyertai Program Qurban Perdana Kojawi bagi tahun ke-2 (2026).
PROGRAM TAGGING DAN VAKSIN LEMBU TERNAKAN KOJAWI TAHUN 2026

PROGRAM TAGGING DAN VAKSIN LEMBU TERNAKAN KOJAWI TAHUN 2026

Tarikh : 31 Mac & 05 Mei 2026
Program Tagging dan Vaksin telah dijalankan pada 31 Mac 2026 (Selasa) dan 05 Mei 2026 (Khamis) di Ladang, Kahang Kluang bersama pihak Veterinar, Staf Ladang serta ALK (Jawatankuasa Pengurusan Ladang). Bilangan lembu ternakan sebanyak 187 ekor.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026

Tarikh : 14 April 2026 / 25 Syawal 1447H
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad bagi Tahun 2026. Diadakan di Dewan Nibong, Taman Daya.
AKTIVITI MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT ASNAF TAHUN 2025

AKTIVITI MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT ASNAF TAHUN 2025

Tarikh : 27 Disember 2025 
Zakat Perniagaan Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 adalah sebanyak RM 37,489.48. Kojawi telah mendapat wakalah sebanyak 3/8 iaitu RM 14,058.55 untuk menyerahkan zakat kepada Asnaf daripada penduduk di kawasan Kempas. 
Majlis penyerahan zakat Asnaf telah diadakan pada 27 Disember 2025 (Sabtu) di Dewan Masjid Al-Mizan, Kempas Johor Bahru. Jumlah wakalah adalah sebanyak RM 15,000.00 untuk diagihkan kepada Asnaf seramai 60 orang penerima zakat  iaitu, Asnaf Fakir Miskin (penduduk Kempas), 15 orang penerima zakat Asnaf Fi Sabilillah (anak anggota Kojawi yang sedang menyambung pelajaran) dan 5 orang penerima zakat Asnaf Miskin (anggota Kojawi). 

PROGRAM KURSUS ANGGOTA

PROGRAM KURSUS ANGGOTA

TARIKH : 01 November 2025 (SABTU)

TEMPAT : Hotel Seri Malaysia Larkin, Johor Bahru

Program Kursus yang dianjurkan oleh KOJAWI dengan kerjasama pihak IKMa untuk anggota-anggota Koperasi Kampung Jawi seramai 40 orang anggota yang terpilih (anggota yang tidak pernah menyertai kursus IKMa diutamakan).
Tujuan program ini diadakan untuk memberikan ilmu Asas tentang Koperasi. Berikut adalah tajuk kursus :
Slot 1 : Konsep Jati Diri Anggota dalam Koperasi
Slot 2 : Peranan Anggota dalam Tadbir Urus Koperasi
Penceramah :
1. Encik Yusri bin Hj. Tarip – Pengarah IKMa Zon Selatan
2. Puan Adila binti Hashim – Penolong Pengarah IKMa Zon Selatan

ANUGERAH KOPERASI TERBAIK  & SEKTOR PERLADANGAN TERBAIK

ANUGERAH KOPERASI TERBAIK & SEKTOR PERLADANGAN TERBAIK

TARIKH : 09 Oktober 2025 (Khamis)

TEMPAT : HOTEL GRAND PARAGON, JOHOR BAHRU

Majlis Pengiktirafan Gerakan Koperasi Negeri Johor / Johor Coop Award (2025) yang dianjurkan oleh pihak SKM. Diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.
Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad telah mendapat tempat ke-16 dalam 50 Koperasi Terbaik Negeri Johor dan tempat ke-33 dalam 350 Koperasi Terbaik dalam Malaysia.
Selain itu, Koperasi Kampung Jawi juga telah menerima Anugerah Khas iaitu Sektor Perladangan Terbaik Johor dan hadiah berbentuk RM 5,000.00 tunai.

Program Lawatan Anggota dan Pasangan (Putrajaya 1)

Program Lawatan Anggota dan Pasangan (Putrajaya 1)

TARIKH : 2 & 3 OGOS 2025 (SABTU & AHAD)

TEMPAT : PUTRAJAYA

Program lawatan Anggota dan Pasangan ke Putrajaya selama 2 hari 1 malam.

Ikuti berita terkini di laman FB kami

[custom-facebook-feed]