Tarikh : 27 Disember 2025 
Zakat Perniagaan Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 adalah sebanyak RM 37,489.48. Kojawi telah mendapat wakalah sebanyak 3/8 iaitu RM 14,058.55 untuk menyerahkan zakat kepada Asnaf daripada penduduk di kawasan Kempas. 
Majlis penyerahan zakat Asnaf telah diadakan pada 27 Disember 2025 (Sabtu) di Dewan Masjid Al-Mizan, Kempas Johor Bahru. Jumlah wakalah adalah sebanyak RM 15,000.00 untuk diagihkan kepada Asnaf seramai 60 orang penerima zakat  iaitu, Asnaf Fakir Miskin (penduduk Kempas), 15 orang penerima zakat Asnaf Fi Sabilillah (anak anggota Kojawi yang sedang menyambung pelajaran) dan 5 orang penerima zakat Asnaf Miskin (anggota Kojawi).