TARIKH : 26JAN 2025
TEMPAT : Dewan Masjid An-Najah, Taman Daya
Jumlah pembayaran zakat Kojawi bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM 53,434.41 dan Kojawi telah mendapat wakalah 3/8 iaitu RM 20,000.00 untuk menyerahkan zakat kepada asnaf terpilih.
Sehubungan dengan itu, pada 26/01/2025 yang lalu bertempat di Dewan Masjid An-Najah, Taman Daya, Kojawi telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat kepada Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah.
Sebanyak 114 orang dari tiga asnaf telah dipilih untuk menerima zakat daripada pihak Kojawi.
Baki zakat sebanyak RM 33,434.41 telah diserahkan kepada MAIJ di Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru Johor, Pusat Islam Iskandar pada 26/12/2024.
Recent Comments