TARIKH : 21 Februari 2024

TEMPAT : Hotel Impiana Senai

Jumlah pembayaran zakat Kojawi bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM 81,999.59 dan Kojawi telah mendapat wakalah 3/8 iaitu RM 30,000.00 untuk menyerahkan zakat kepada asnaf terpilih. Sehubungan dengan itu, pada 03/03/2024 yang lalu bertempat di Dewan Masjid An-Najah, Taman Daya, Kojawi telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat kepada Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah. Sebanyak 107 orang dari tiga asnaf telah dipilih untuk menerima zakat daripada pihak Kojawi. Baki zakat sebanyak RM 51,999.59 telah diserahkan kepada MAIJ dalam Majlis Minum Pagi Bersama Pembayar Zakat yang dianjurkan oleh MAIJ pada 21/02/2024 bertempat di Hotel Impiana, Senai.