TARIKH : 2024

TEMPAT : Ehsan Seaview Hotel Port Dickson

Pada tahun ini, Kojawi telah meneruskan Program Lawatan Anggota dan Pasangan dan pada tahun ini tempat yang dipilih adalah di Ehsan Seaview Hotel, Port Dickson. Seramai 67 anggota dan pasangan dibawa berjalan-jalan dengan menaiki dua (2) buah bas. Aktiviti program dimulai dengan lawatan ke Muzium Tentera Darat, Majlis Makan Malam dan Cabutan Bertuah, melawat ke Pusat Ikan Hiasan dan sebelum pulang ke Johor Bahru, anggota dibawa melawat ke Masjid Sri Sendayan yang terkenal dengan kecantikan senibinanya. Program yang dianjurkan selama dua hari satu malam ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Pihak Kojawi mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pasangan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.