Buletin

Aktiviti aktiviti KOJAWI

PROGRAM KURSUS ANGGOTA

PROGRAM KURSUS ANGGOTA

TARIKH : 01 November 2025 (SABTU)

TEMPAT : Hotel Seri Malaysia Larkin, Johor Bahru

Program Kursus yang dianjurkan oleh KOJAWI dengan kerjasama pihak IKMa untuk anggota-anggota Koperasi Kampung Jawi seramai 40 orang anggota yang terpilih (anggota yang tidak pernah menyertai kursus IKMa diutamakan).
Tujuan program ini diadakan untuk memberikan ilmu Asas tentang Koperasi. Berikut adalah tajuk kursus :
Slot 1 : Konsep Jati Diri Anggota dalam Koperasi
Slot 2 : Peranan Anggota dalam Tadbir Urus Koperasi
Penceramah :
1. Encik Yusri bin Hj. Tarip – Pengarah IKMa Zon Selatan
2. Puan Adila binti Hashim – Penolong Pengarah IKMa Zon Selatan

ANUGERAH KOPERASI TERBAIK  & SEKTOR PERLADANGAN TERBAIK

ANUGERAH KOPERASI TERBAIK & SEKTOR PERLADANGAN TERBAIK

TARIKH : 09 Oktober 2025 (Khamis)

TEMPAT : HOTEL GRAND PARAGON, JOHOR BAHRU

Majlis Pengiktirafan Gerakan Koperasi Negeri Johor / Johor Coop Award (2025) yang dianjurkan oleh pihak SKM. Diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.
Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad telah mendapat tempat ke-16 dalam 50 Koperasi Terbaik Negeri Johor dan tempat ke-33 dalam 350 Koperasi Terbaik dalam Malaysia.
Selain itu, Koperasi Kampung Jawi juga telah menerima Anugerah Khas iaitu Sektor Perladangan Terbaik Johor dan hadiah berbentuk RM 5,000.00 tunai.

Program Lawatan Anggota dan Pasangan (Putrajaya 1)

Program Lawatan Anggota dan Pasangan (Putrajaya 1)

TARIKH : 2 & 3 OGOS 2025 (SABTU & AHAD)

TEMPAT : PUTRAJAYA

Program lawatan Anggota dan Pasangan ke Putrajaya selama 2 hari 1 malam.

Pembayaran Duit Perayaan Sempena Hari Raya Aidiladha

Pembayaran Duit Perayaan Sempena Hari Raya Aidiladha

TARIKH : 15 JUN 2025 

TEMPAT : Dewan Masjid An-Najah, Taman Daya.

Pembayaran duit perayaan sempena Hari Raya Aidiladha di Dewan Masjid An-Najah, Taman Daya.

PROGRAM QURBAN PERDANA KOJAWI

PROGRAM QURBAN PERDANA KOJAWI

TARIKH : 8 JUN 2025 bersamaan 11 Zulhijjah 1446H (Ahad)

TEMPAT : PEJABAT KOJAWI JOHOR BAHRU

Tarikh 08 Jun 2025 bersamaan 11 Zulhijjah 1446H (Ahad)
Merupakan Program Qurban Perdana KOJAWI diadakan pada hari raya Haji yang ke-2 bertempat di Pejabat Kojawi.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 50/2025  -TAHUN JUBLI EMAS YANG KE-50

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 50/2025 -TAHUN JUBLI EMAS YANG KE-50

TARIKH : 3 MEI 2025

TEMPAT : OPERO HOTEL JOHOR BAHRU

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-50, Tahun Jubli Emas Koperasi Kampung Jawi Johor Bahru Berhad yang ke 50 Tahun serta Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 1446 Hijrah diadakan di Hotel Opero Johor Bahru.

Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan

Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan

TARIKH : 26JAN 2025

TEMPAT : Dewan Masjid An-Najah, Taman Daya

Jumlah pembayaran zakat Kojawi bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM 53,434.41 dan Kojawi telah mendapat wakalah 3/8 iaitu RM 20,000.00 untuk menyerahkan zakat kepada asnaf terpilih.

Sehubungan dengan itu, pada 26/01/2025 yang lalu bertempat di Dewan Masjid An-Najah, Taman Daya, Kojawi telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat kepada Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah.

Sebanyak 114 orang dari tiga asnaf telah dipilih untuk menerima zakat daripada pihak Kojawi.

Baki zakat sebanyak RM 33,434.41 telah diserahkan kepada MAIJ di Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru Johor, Pusat Islam Iskandar pada 26/12/2024.

TARIKH : 26DEC 2024

PENYERAHAN ZAKAT Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru Johor, Pusat Islam Iskandar 

Ikuti berita terkini di laman FB kami

[custom-facebook-feed]